2014年6月19日星期四
2014年5月13日星期二
ISMA paranoid : Mana bayang Jewish di rantau ASEAN ?
Tengok negara-negara jiran kita, Thailand dan Myanmar, umat ada konflik dengan siapa?
Free PDF: Letter From Birmingham Jail by Martin Luther King, Jr.
Please click the link to download PDF.
matthewgrantmcdaniel.com/wp-content/uploads/2014/04/MLK-Jr-Birmingham-Jail-Letter.pdf
.
matthewgrantmcdaniel.com/wp-content/uploads/2014/04/MLK-Jr-Birmingham-Jail-Letter.pdf
.
2014年4月23日星期三
2014年4月18日星期五
2014年4月15日星期二
Polis dan Konflik 2 Sistem Kehakiman
Apabila Ketua Polis Malaysia mengambil langkah mengelakkan Pihak Polis dari terjerumus dalam kontroversi yang melibatkan 2 sistem kehakiman, ini memang satu keputusan yang bijaksana.
Akan tetapi, cara Pihak Polis mengendali kes tersebut buat sekarang bukanlah cara yang terbaik, kerana ia seolah-olah menggalakkan orang ramai untuk mengingkari arahan Mahkamah Tinggi.
Mungkin apa yang Pihak Polis boleh buat ialah memastikan kedua dua ibu bapa mengikut dan mematuhi keputusan TERKINI dari Mahkamah, samaada Mahkamah Tinggi atau Syariah.
(Buat masa sekarang, keputusan terkini adalah dari Mahkamah Tinggi.)
Tugas untuk menyelesaikan konflik 2 sistem kehakiman bukan tanggungjawab pihak polis. Parliamen dan kabinet perlu berusaha gigih untuk menyelesaikan masalah konflik ini SECEPAT MUNGKIN. Jika tidak , makin banyak lagi kes akan timbul kelak.
2014年3月7日星期五
Isu Kalimah : Kenapa umat masuk perangkap sendiri
Apabila isu kalimah tersebut timbul, saya berasa hairan. Perkataan ALLAH telah lama diguna oleh orang-orang KRISTIAN , sebelum kewujudan agama ISLAM, di negara-negara Arab. Apakah logik untuk mengatakan perkataan tersebut hanya boleh digunakan oleh umat ISLAM ?
Isu tersebut sudah menjadi isu perdebatan , maka lebih banyak muslim akan terdedah kepada informasi yang berkaitan dengan isu ini , dan secara tidak langsung telah mencelik mata dan terbuka kepada dunia luar. Bonus ekstra ialah muslimin dan muslimat berpeluang untuk lebih mengenali dan memahami agama Kristian, manakala orang Kristian dapat peluang untuk lebih mengenali agama Islam.
Parti politik mana yang dapat manfaat? Hanya parti yang berjaya mengikuti langkah perkembangan dunia , dapat bermanfaat dari isu ini .
Saya bersyukur isu ini timbul, bukannya saya sokong memonopolikan perkataan tersebut. Padahal, Saya bantah mana-mana pihak yang cuba memonopolikan perkataan tersebut. Saya bersyukur kerana isu ini telah berjaya membuka mata penganut agama-agama, termasuk dan khasnya Muslim dan Kristian. Saya bersyukur ada menteri telah menimbulkan isu kalimah ini.
Apa faedah dan 'kesan negatif ' ISLAM bakal perolehi dalam isu kalimah tersebut ?
Apa akan terjadi pada imej dan reputasi ISLAM di kaca mata dunia ? Kesannya positif? Atau negatif? Ini bergantung kepada tindakan dan kebijaksanaan pihak berkuasa.
Adakah pihak berkuasa mahu ISLAM dilihat sebagai satu agama yang mesra dunia moden dan demokratik ? Atau sebaliknya, mahu dilihat sebagai agama berdiktator ? Pilihan tidak lain dan tidak bukan , ada di dalam tangan pihak berkuasa.
Tepuk dada dan tanyalah diri sendiri, kalau kita lihat dari segi hak agama, adakah ISLAM akan senang hati , jika KRISTIAN mengatakan pihak ISLAM tidak berhak menentukan apa perkataan yang digunakan dalam segala aktiviti ISLAM ? Tentunya TIDAK. Beginilah perasaan orang KRISTIAN dalam isu kalimah tersebut.
Salam.
订阅:
博文 (Atom)
